Sekarang ni orang mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara.
MACAM MANA TU YER??
untuk mengenal pasti mesin atm yang ada alat pengimbas data atau dipanggil “ATM skimming device” dan langkah-langkah keselamatan semasa mengeluarkan wang di mesin ATM.
Apa itu ATM Skimming Device?
- ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pengguna.
- Alat ini selalunya bersaiz kecil dan diletakkan di mesin-mesin ATM tanpa disedari oleh pengguna
mesti korang tertanya tanyakan macam mana tu tak dapat nak bayangkan..
biasanya
Mesin ATM normal
- Penunjuk masuk kad yang berkelip dapat dilihat dengan mudah.
- Kebanyakan alat pengimbas data akan menutup penunjuk masuk kad yang berkelip ini.
Mesin ATM yang ada alat pengimbas
- Alat ini direka untuk kelihatan seperti sebahagian dari mesin ATM itu sendiri.
- Penunjuk masuk kad yang berkelip tidak dapat dilihat dan tempat untuk memasukkan kad juga berbeza.
Contoh-contoh alat pengimbas data kad ATM yang dipasang di mesin ATM
Contoh-contoh alat perakam nombor pin kad atm yang dipasang di mesin ATM Pulak..
Untuk berhati-hati..- Jika korang selalu pergi ATM yang sama, perhatikan tiada kelainan pada mesin ATM itu seperti mana yang pernah korang gunakan sebelum ini.
- Periksa tempat memasukkan kad samada ianya longgar atau tidak dengan memegang tempat tersebut. Selalunya alat pengimbas ini dipasang dengan hanya menggunakan pita perekat sahaja.
- Selalu pastikan anda menggunakan tangan untuk menutup semasa anda menekan nombor pin.